Jumaat, 22 November 2013

AHMAD AMMAR PEJUANG ISLAM MALAYSIA POPULAR DI TURKI


Assalamualaikum .. Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi, kini dayah kembali. Maaf laa ndak sempat mau updates blog kebelakangan nii, sibuk sikit. Now budak2 sekolah cuti sekolah, dayah pown ada dkt johor sni. Tk dpat la nk updates blog selalu. Jom masuk tajuk, tk mau merapu dh ehh :3

Skrg dkt laman sosial heboh pasal Ahmad Ammar Ahmad Azam yg meninggal SYAHID dkt Istanbul, Turki. Beliau dilanggar sebuah ambulans ketikan ingin melintas jalan. 

Ahmad Ammar Ahmad Azam yg berusia 20 tahun, ialah pelajar cemerlang tahun 2 bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pda petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki dlm keluarga beliau. Beliau juga merupakan pelajar  cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dlam bidang Sejarah di Turki. Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya. 
Pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia. Allahuakbar ! 


-photo via Google-

Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama dgn orang2 yg beriman. Amin ! Al-Fatihah ..



 
All Right Reserved To Me.Template Designed by Hadifah Sabri